Saturday 28 February 2015

Panduan Asas untuk Pemula dalam Clash of Clans

Clash of Clans (C0C) adalah satu permainan perang melaui telefon mudah alih. Dalam blog ini, saya akan menulis mengenai cara-cara bermain CoC dengan lebih berkesan.

Builder dan Gem

Gem adalah sesuatu yang digunakan untuk mendapatkan gold, elixir, dark elixir dan train troop dengan cepat. Ia juga digunakan untuk menyiapkan bangunan dengan segera.

Malangnya, ia adalah terhad. Jika anda ingin bermain tanpa menggunakan wang sebenar, saya cadangkan anda tidak menggunakannya atau dengan kata lain menyimpannya. Ia adalah untuk membeli Builder Hut.



Builder merupakan suatu perkara yang sangat penting yang perlu diketahui oleh pemula Clash of Clans. Fungsi builder adalah meyiapkan atau menaik taraf bangunan. Jika tiada builder, bangunan anda tidak akan berkembang.

Pada mulanya, anda diberikan 2 buah builder. Builder ke-3 pula anda perlu beli dengan 500 gem, builder ke-4 perlu 1000 gem, dan builder terakhir pula dengan harga 2000 gem. Oleh sebab itu saya mengesyorkan anda supaya meyimpan gem.

Lagi banyak builder, lagi cepat perkembagan CoC anda. Anda boleh dapatkan gem percuma dengan membuang pokok-pokok, kayu, batu, dan gem box( dapat 25 gem).



Sumber Awal

Apabila anda baru mula bermain CoC, anda perlu membina sumber iaitu gold dan elixir.

  • Gold: digunakan untuk membina struktur pertahanan, dan menaiktaraf sumber elixir.
  • Elixir: digunakan untuk membina unit, melakukan kajian, dan menaik taraf sumber gold.
Menaik Taraf

Menaik taraf adalah bahagian yang penting dalam Clash of Clans. Setiap bangunan boleh dinaik taraf supaya ia menjadi lebih kuat dari sebelumnya. 

Penting untuk anda menaik taraf peyimpan gold dan elixir supaya dapat meyimpan dengan lebih banyak. Jika tidak, anda akan rugi kerana mengalami gold dan elixir yang berlebihan. Ia akan dibuang begitu sahaja.

*Jangan menaik taraf town hall jika banyak lagi bangunan lain yang boleh dinaik taraf. Ia adalah supaya pertahanan anda kuat dan kukuh sebelum pergi ke peringkat seterusnya.


....akan bersambung